FOLLOWER

JANGKITAN KULAT PADA FARAJ | SIMPTOM DAN CARA ATASINYA


Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?


Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Kesuburan isteri bermula dengan pengeluaran lendir seperti hingus dari faraj. Waktu suburnya ialah beberapa hari selepas dia terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari. Adalah mustahak bagi setiap pasangan tahu mengenai waktu subur jika mereka inginkan zuriat.

Kebiasaannya memang air mani boleh mengalir keluar selepas suami menarik zakar keluar. Namun, ia boleh dielak jika isteri tidak mengemut faraj, sebaliknya isteri perlu mengembangkan corong faraj sambil mengekalkan posisi asal ketika bersetubuh tanpa meluruskan kaki.

Kemutan pada faraj mengakibatkan corong faraj kempis dengan pengeluaran angin yang akan menolak air mani. Isteri juga tidak digalakkan bangun dan bergerak ke tandas untuk membersihkan farajnya. Ini kerana ia akan menyebabkan air mani keluar dan sperma terdedah kepada air dan sabun yang akan mematikannya.

Isteri juga tidak digalakkan meletakkan kain pada faraj kerana ia akan menyerap air mani. Sebaik-baiknya gunakan tisu kering


Jangkitan Kulat Pada Faraj




Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?



Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut:

Perubahan hormon semasa hamil

Pemakanan pil perancang

Pengambilan ubat antibiotik atau steroid

Penyakit kencing manis

Hubungan seks

Douching

Darah dan air mani



Apakah simptom jangkitan kulat?


Simptom-simptom termasuk:

Gatal, pedih dan sakit pada faraj

Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj

Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks

Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.


Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?


Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis.


Bagaimana membuat diagnosa masalah jangkitan ini?


Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan vaginal untuk melihat corak keputihan tersebut dan selalunya diagnosa akan dibuat secara klinikal. Sekiranya ragu, doktor akan mengambil swab dan menghantar kemakmal untuk ujian kultur.

Bagaimana jangkitan kulat ini dirawat?


Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.

Bagaimana saya boleh mencegah jangkitan ini dari berlaku?


Jangkitan kulat boleh dicegah dengan mengamalkan perkara berikut:

Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik

Pakai seluar dalam dari kapas

Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya.

Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang

Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya

Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.

Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj

Jangan pakai panty-liner

Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna

Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.

Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.


Bila saya perlu berjumpa doktor?


Sekiranya anda mendapati simtom kegatalan masih tidak berubah selepas 3 hari rawatan atau simtom datang balik selepas rawatan, berjumpa balik dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin mengalami jangkitan yang lebih serius.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...