FOLLOWER

DARAH ISTIHADHAH

Tahukah Anda Apakah itu Darah Istihadhah?
Lelaki juga perlu tahu..kerana lelaki pun adalah suami/bakal suami,

Persoalan yang hendak dihuraikan dalam ruang ini ialah mengenai darah istihadhah. 
Fahamilah ia dengan sebaik-baiknya supaya jangan terjebak kepada anggapan bahawa darah istihadhah itu adalah darah haid hanya kerana melihat tempoh haid belum berakhir, sedangkan bukan begitu!

Makna Istihadhah


“Istihadhah” ialah perkataan Arab yang bermaksud darah penyakit yang keluar atau mengalir dari bawah rahim seorang perempuan.
Imam Ar-Ramli seorang ulama daripada mazhab Syafi‘e mendefinisikan istihadhah ialah darah yang dilihat oleh seorang perempuan selain daripada darah haid dan nifas, samada darah tersebut bersambung dengan darah haid dan nifas ataupun tidak.
Perempuan yang dalam keadaan keluar darah istihadhah dikatakan sebagai mustahadhah. Bagi perempuan seperti ini adalah harus berubat atau mencari ubat, kerana darah yang keluar adalah darah penyakit.
Darah istihadhah itu boleh jadi keluar atau mengalir sebelum hari-hari haid atau nifas atau bersambung selepas darah haid atau nifas atau ia keluar pada hari-hari yang bukan kebiasaan hari haid atau nifas. 
Sebagai contoh darah yang keluar daripada kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun. Menurut pengarang kitab Hasyiyah I‘anah ath-Thalibin jika berlaku demikian, ia adalah darah istihadhah, kerana menurut kebiasaan kanak-kanak perempuan yang didatangi haidh sekurang-kurangnya berumur 9 tahun qamariyah.
Persoalan dan kekeliruan mengenai istihadhah seringkali dikaitkan dengan haid, kerana kebiasaannya darah istihadhah keluar sebelum atau selepas darah haidh.

Berwudhuk untuk wanita yang bermasalah istihadhah

Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. 
Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.
Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya.
Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk. 
Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wudhuk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.


Keadaan  dan hukum Istihadah



Bagaimana nak bersolat jika bermasalah istihadhah

Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). 
Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.
Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. 
Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”.
Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.
Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.
Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. 
Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.
Rujukan:
(4) Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi, 1/93-96.







KENALI HAID ANDA


Banyak wanita yang keliru dengan masa haidnya, 
ada yang haidnya terputus-putus, sampai dia harus mandi hadas berkali-kali. 
Ada yang mengalami perubahan kitaran, kadang-kadang singkat, kadang-kadang lama. 
Bahkan banyak juga wanita yang masih keliru membezakan antara darah haid dan istihadhah. 
Pengetahuan tentangnya sangat berkai rapat dengan hukum solat, puasa, haji, pernikahan dan sebagainya

Maksud Haid 

Menurut bahasa, Haid bererti sesuatu yang mengalir
Dan menurut istilah Syara’ ialah darah yang terjadi pada wanita secara semulajadi, bukan karena sesuatu sebab, dan pada waktu tertentu. 
Istilah dari segi syarak inilah penting untuk membezakan antara darah haid, istihadhah dan nifas. 
Dimana ketiganya jenis darah ini lazim dialami oleh kaum wanita. 
Darah haid bersifat normal, bukan disebabkan oleh suatu penyakit, luka, keguguran atau pun kelahiran.

Hikmah haid
Seperti yang kita ketahui, darah haid berasal dari penebalan dinding rahim dalam proses pembentukan janin selepas proses persenyawaan 

Oleh sebab itu, seorang wanita yang hamil, tidak akan mendapatkan haid lagi, 
Begitu juga dengan wanita yang menyusu badan, biasanya tidak akan mendapatkannya terutama diawal masa penyusuan. 
Allah S.W.T adalah sebaik-baiknya pencipta, yang telah menciptakan gumpalan darah di rahim seorang ibu sebagai sumber makanan bagi janin didalamnya, yang tentu saja dia belum mampu mencerna makanan apalagi mendapatkan makanan dari luar kandungan. 
Maha Bijaksana Allah Subhanahu wa ta’ala yang telah mengeluarkan darah tersebut dari rahim seorang wanita yang tidak hamil melalui kitaran haid karena memang tidak memerlukannya. 

Usia wanita yang mengalami haid 

Haid pada umumnya dialami oleh seorang wanita pada usia antara 12 sampai dengan 50 tahun,bergantung pada individu


Tempoh masa haid teratur

Kebiasaan tempoh haid ialah 6 atau 7 hari, manakala tempoh paling lama ialah 15 hari berserta malamnya atau lebih sedikit daripada itu, iaitu 17 hari menurut riwayat daripada Imam Ahmad.

Jumhurul ulama berpendapat tempoh minimum haid ialah sehari semalam.

Jika seseorang itu didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang daripada sehari, maka keadaan tersebut tidak dikira sebagai tempoh haid. 

Umumnya seseorang bersih dari haid adalah 23 atau 24 hari


Darah yang keluar lebih atau kurang daripada tempoh yang disebut, merupakan darah istihadah, di mana wanita berkenaan wajib melakukan ibadah.

Masa Haid yang Tidak Teratur
Ada beberapa wanita yang mengeluh masa haidnya biasanya enam sampai tujuh hari, tetapi tiba-tiba berubah sampai lebih dari masa kelaziman tersebut. 
Ada juga yang mengeluh, biasanya waktu haidnya diawal bulan, berubah menjadi diakhir bulan. 
Sebagian lagi mengalami masa haid yang terputus-putus, sehari haid, kemudian sehari berhenti, esoknya haid lagi dan seterusnya. 

Sifat Darah Haid
Darah haid pada umumnya berwarna merah kehitaman dan berbau tidak sedap dan keluarnya tidak lancar seperti keluarnya urine, serta terjadi dalam tempoh tertentu. 
Seorang wanita yang mendapati darahnya berwarna kuning seperti nanah atau keruh antara kekuning-kuningan dan kehitam-hitaman, 
Jika hal itu terjadi pada saat masa haid atau bersambung dengan haid sebelum suci, maka itu adalah haid dan berlaku baginya hukum-hukum haid.
Tetapi jika terjadi sesudah masa suci, maka hal itu bukan lah darah haid. 



Tambahan


Perempuan dibagi ke dalam tiga golongan,


Mubtada’ah (yang baru mulai haid),


Mu’tadah (yang sudah biasa)


Mustahadhah,


Mubtada’ah

Mereka adalah perempuan yang baru pertama kali melihat darahnya keluar
Apabila dia melihat darahnya keluar,
maka dia wajib meninggalkan shalat, puasa, hubungan intim/bersetubuh, dan menungu suci

Apabila dia melihat darah itu setelah satu hari satu malam atau lebih sampai 15 hari,
maka dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar)
dan wajib mengerjakan shalat

Jika darah haid (menstruasi) tersebut terus mengalir setelah masa 15 hari,
maka darah tersebut dianggap sebagai darah mustahadhah (wanita yang keluar darah istihadhah – bukan darah haid/menstruasi)
Setelah itu, hukumnya menjadi Mustahadhah

Jika darah haid/menstruasi berhenti,
tidak mengalir selang 15 hari
Dan dia melihatnya satu hari atau 2 hari dan berhenti selama itu juga,
maka dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar)
Dan shalat setiap masa suci, dan berdiam setiap melihat darah


Al-Mu’tadah


Kelompok ini adalah wanita yang telah terbiasa mengalami haid/menstruasi pada hari-hari tertentu pada satu bulan
Hukumnya, wanita haid kelompok Al-Mu’tadah wajib meninggalkan shalat, puasa, dan berhubungan intim pada hari ketika ia terbiasa haid

Jika perempuan haid kategori A;-Mu’tadah melihat cairan kuning atau ketuh setelah biasanya,
maka dia tidak usah mempedulikannya
Berdasarkan perkataan Ummu Athiyah,

“Kami tidak menggolongkan cairan kuning atau keruh setelah suci itu sebagai darah haid/menstruasi,”
(HR Abu Daud: 307, 308)

Adapun jika perempuan haid (menstruasi) kategori Al-Mu’tadah melihat cairan kuning atau keruh tersebut pada masa-masa haid (menstruasi),
lalu cairan kuning atau keruh tersebut tidak keluar pada hari-hari biasanya (suci haid), maka itu termasuk haid (menstruasi), sehingga dia tidak wajib mandi, shalat atau puasa karenanya


Mustahadhah


Mustahadhah adalah wanita haid yang darahnya terus mengalir tanpa henti setelah berakhirnya masa haid (masa menstruasi)
Hukum perempuan menstruasi (haid) kategori Mustahadhah ada dua:

a. Apabila hari-hari sebelumnya ia yakini sebagai hari-hari yang biasanya ia mengalami haid (menstruasi),
maka dia wajib meninggalkan shalat pada hari-hari tersebut
Dan setelah darah haid (menstruasi) tersebut berhenti mengalir,
maka dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar), shalat, puasa, dan boleh melakukan hubungan intim

b. Jika perempuan haid:
(1) tdak mempunyai hari-hari biasa (masa haid tidak teratur dan dia ingat lama waktunya) atau....
(2) dia mempunyai hari-hari biasa tapi dia lupa masanya atau banyaknya, atau....
(3) darahnya itu bisa dibedakan dengan lainnya dan darahnya itu mengalir satu kali berwarna hitam dan satu kali berwarna merah,
maka dia boleh berdiam pada hari-hari keluar darah hitam
Kemudian dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar) dan shalat setelah darah tersebut berhenti mengalir, selama darah yang keluar tidak lebih dari 15 hari

c. Apabila seorang wanita haid tidak bisa membedakan darah haid (hitam atau yang lainnya),
maka dia seharusnya berdiam pada masa haidnya setiap bulannya, yang kira-kira selama 6 atau 7 hari,
kemudian setelah itu dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar).

d. Wanita haid (menstruasi) yang keluar darah istihadhahnya pada hari-hari keluar darah istihadahnya, dia wajib berwudhu setiap kali akan mengerjakan shalat, dan memakai pembalut dan tetap mengerjakan shalar meskipun darahnya mengalir deras, dan tidak boleh berhubungan intim kecuali karena terpaks

OVARIAN CYST: ADAKAH IA MERBAHAYA? BOLEH AMBIL MAB TAK??




Bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil, ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. 

Malah, pada sesetengah kes, ovarian cyst ini boleh bertukar menjadi ovarian cancer tau! 


Apa itu ovarian Cyst



Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis. Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita dan kebiasaannya lewat untuk dapat dikesan kewujudannya. Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil, sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.



Menurut kata Dr.Zubaidi Hj.Ahmad, Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit. Dr.Zubaidi juga berkata, 


"Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst." 


Kebanyakan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin membesar dan terus membesar.


Contoh ovari yang mempunyai cyst


Saiz dan tahap risiko bagi wanita yang mempunyai cyst


Perlukah ovarian cyst dibedah?


Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setaip pesakit. Oleh itu, setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan. 

Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan.

1) Untuk melakukan Biopsy. 
Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.

2) Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.

3) Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya disangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagai ovarian cancer. 
Semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.




Bagi ovarian cyst yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;



>> Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari.

>> Ovarian cyst melebihi saiz 5cm.
>> Ovarian masih kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
>> Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
>> Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung.
>> Menggunakan pil perancang kehamilan.
>> Pesakit telah menopause.
>> Pesakit adalah gadis remaja.


Makanan yg di galakkan


> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan


> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuih muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak



Tanda-tanda 

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst



BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.


ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshat dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

--->>> MAB ADALAH SALAH SATU UBAT-UBATAN TRADISONAL 

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka


Apa Itu PCOS (POLYCYSTIC OVARY SYNDROME)

Apa itu PCOS

PCOS adalah singkatan kepada 

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS) - sindrom ovari polisistik 

ialah satu keadaan dimana hormon wanita tidak seimbang. 

Dan keadaan yang boleh menganggu sistem peranakan wanita diamana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan seterusnya membuatkan ia sukar hamil.


Menurut Dr Hamit Arshad (Pakar Sakit Puan) :
"Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan."

Menurut Dr. Suriati Akmal Mahari
Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras:

kitaran haid yg tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

"PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yg memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalamni haid langsung didapati mengidap PCOS. Ia adalah masalah paling lazim yg menyebabkan seseorang wanita itu gagal utk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yg menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"



TANDA-TANDA PCOS

Adakah anda mengalami situasi berikut :-

 pertumbuhan bulu bulu di badan @ di muka bertambah, 



 haid tidak teratur atau tidak datang berbulan bulan, 

gelap di bahagian celah kangkang @ leher @ ketiak, 

✔ kencing manis, 

jangkitan kulan di vagina, 

✔ jerawat 




Perbezaan Ovari Normal dan PCOS





Punca PCOS

Biasanya PCOS berkait rapat dengan genetik atau keturunan. Ini bermakna jika mak kita atau sedara perempuan kita mengalami PCOS yang lain juga turut mengalami PCOS. 

Tapi bukan semua PCOS berpunca dari keturunan.



Kaitan PCOS dengan Kesuburan

Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama  badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal. 

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan. Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.



Betul ke PCOS Sukarkan anda hamil??


YA!!
 PCOS adalah salah satu punca susah nak MENGANDUNG !!!

tapi jangan kecewa.. sebab yang mengalami PCOS tidak mustahil untuk anda mandapat zuriat sendiri :)

Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. 

Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi.

Risiko Jangka Panjang

Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin.

 PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. 

Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.


Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.



Pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Mahes Sittampalam, 
"kitaran haid yang tidak menentu adalah antara gejala yang menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom polisistik ovari (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
PCOS adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak diperkatakan mengenainya. Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berumur lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari. Ini menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular "


Bolehkan pesakit PCOS ambil MAB?? 

Soalan yang di nanti-nantikan kan?

Menurut pembacaan saya di blog Dr zubaidi di sini ,
pesakit PCOS bukan sahaja mengalami masalah kesuburan tetapi juga mungkin mengalami masalah Insulin Resistance yang akhirnya menyebabkan masalah Metabolic Disease yang akhirnya mereka berisiko mengalami Diabetes Mellitus dan juga sakit jantung di usia muda. 



Menurut kajian, penggunaan suplemen yang mengandungi Phytosteron oleh wanita yang mengalami PCOS boleh membaiki masalah Metabolic Disease.

(banyak herba di Malaysia ni mengandungi phytosteron ni tau! 
antaranya ialah KACIP FATIMAH)

*Metabolic Syndrome adalah kumpulan masalah 3 serangkai (Obesiti, tekanan darah tinggi, tahap kolestrol dan gula dalam darah tinggi) yang akhirnya akan mengundang sakit jantung dan kencing manis


So , antara kandungan MAB adalah KACIP FATIMAH.. 

BERMAKNA.. 

MAB SELAMAT DI AMBIL DAN INSYAALLAH MEMBANTU MERINGANKAN RISIKO PENYAKIT 3 
SERANGKAI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...